Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh musnahkan sarang tebuan jaket kuning sebesar tayar kereta
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh musnahkan sarang tebuan jaket kuning sebesar tayar kereta

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGGOTA APM Spaoh berjaya memusnahkan satu sarang serangga jenis tebuan Jaket Kuning bersaiz sebesar tayar kereta di sebuah rumah kebun di kawasan Bangkit Ijok, malam ini. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh berjaya memusnahkan satu sarang serangga jenis tebuan Jaket Kuning (Yellow Jacket) bersaiz sebesar tayar kereta yang ditemui di bahagian atap sebuah rumah kebun di kawasan Bangkit Ijok, malam ini.

Menurut kenyataan media APM Daerah Spaoh, kejadian disedari oleh seorang penduduk usng dikenali sebagai Lubun, yang mendapati terdapat sarang serangga berbahaya di atap rumah kebunnya sebelum bertindak mendapatkan bantuan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko kepada keselamatan.

Bertindak atas maklumat diterima, empat anggota Skuad Alpha APM Spaoh yang diketuai Pegawai Bertauliah APM (PBT) Ahmad Zulfakar Ramlan telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan operasi pemusnahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu sarang tebuan Jaket Kuning bersaiz besar berada di bahagian atap rumah kebun tersebut dan berpotensi mengancam keselamatan penduduk sekitar,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemusnahan dilaksanakan dengan anggota memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) baju lebah serta menggunakan kaedah pembakaran melalui semburan bahan kawalan serangga.

Sarang tebuan berkenaan berjaya dimusnahkan sepenuhnya tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Orang awam dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya menemui sarang serangga berbahaya dan segera menghubungi APM Daerah Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999 untuk bantuan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Anggota APM Saratok berjaya pindahkan warga emas terkandas banjir  
Next: APM Saratok bertindak pantas atasi tanah susur halang laluan penduduk Krangan Rusa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.