Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Jepak salur lebih 50 bakul makanan kepada tiga rumah panjang terjejas banjir
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Jepak salur lebih 50 bakul makanan kepada tiga rumah panjang terjejas banjir

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Jepak salur lebih 50 bakul makanan kepada tiga rumah panjang terjejas banjir

BINTULU: Sekitar 56 bakul makanan disalurkan kepada tiga rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang terjejas akibat banjir, sebagai langkah segera membantu penduduk yang terputus hubungan darat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, bantuan berkenaan melibatkan 20 bakul makanan untuk Rumah Atan Tuah, 25 bakul makanan untuk Rumah Peter Suring dan 11 bakul makanan untuk Rumah Anthony Egok.

“Petang ini, saya bersama pihak pusat khidmat N64 Jepak bersama Ketua Wanita Jepak, Noriha Ali telah menghantar bakul makanan ke Rumah Atan di kawasan Ulu Sebauh yang terputus hubungan akibat banjir.

“Bagaimanapun, laluan ke Rumah Peter dan Rumah Anthony tidak dapat dilalui kerana jalan terputus dan kami dinasihatkan pihak berkuasa supaya berpatah balik demi keselamatan,” katanya.

LALUAN ke beberapa rumah panjang di Ulu Sebauh terputus akibat banjir berikutan hujan berterusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyelaras penghantaran bantuan banjir di kawasan Ulu Sebauh di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama Pegawai Daerah Bintulu Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan, bakul makanan untuk Rumah Peter Suring dan Rumah Anthony Egok akan dihantar dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan laluan alternatif.

TUAI Rumah Atan Tuah

Sementara itu, Tuai Rumah Atan Tuah, 64, berkata, banjir yang berlaku sejak semalam menyebabkan penduduk berdepan kesukaran berikutan jalan utama terputus.

Menurutnya, rumah panjang yang mempunyai 18 pintu itu turut berdepan risiko keselamatan apabila kelihatan buaya di kawasan sekitar pada waktu malam, selain paras air yang naik sehingga ke tangga rumah.

“Air tidak memasuki rumah, namun masalah utama adalah jalan terputus.

“Jika hujan berterusan sehari semalaman, kawasan ini memang akan dilanda banjir,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Belanja lebih RM1,000 untuk keperluan sekolah lima anak
Next: Penduduk dinasihat berpindah jika kritikal, jawatankuasa bencana Bintulu siap siaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.