Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dipindahkan selepas rumah dinaiki air di Mukah
  • WILAYAH

Warga emas dipindahkan selepas rumah dinaiki air di Mukah

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BANJIR… Pihak bomba memindahkan seorang warga emas dari kediamannya di Skim Penempatan Semula Kampung Kuala Lama, awal pagi tadi berikutan keadaan banjir di kawasan berkenaan. Foto BBP Mukah

MUKAH: Seorang warga emas terpaksa dipindahkan ke lokasi lebih selamat selepas kediamannya dinaiki air susulan kejadian banjir di Skim Penempatan Semula Kampung Kuala Lama, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.17 tengah malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi.

“Semasa menjalankan pemantauan di kawasan terjejas banjir, pihak bomba telah memindahkan seorang mangsa warga emas dari rumahnya di Jalan Melor, Skim Penempatan Semula Kuala Lama,” katanya dalam satu kenyataan.

BANJIR… Pihak bomba memindahkan seorang warga emas dari kediamannya di Skim Penempatan Semula Kampung Kuala Lama, awal pagi tadi berikutan keadaan banjir di kawasan berkenaan. Foto BBP Mukah

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dipindahkan ke rumah saudara-mara di Taman Episo bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terjamin.

Katanya lagi, operasi pemindahan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, dan pihak bomba akan terus memantau situasi banjir di kawasan berisiko dari semasa ke semasa.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warisan ambal pelihara identiti, komuniti Asajaya terus diperkasa
Next: 72 kes ular direkodkan di Bintangor pada 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.