Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daftar di PPS syarat mudahkan agihan bantuan banjir – Nancy
  • TEMPATAN

Daftar di PPS syarat mudahkan agihan bantuan banjir – Nancy

Utusan Sarawak 5 hours ago
BANJIR… Dato Sri Nancy Shukri semasa lawatannya ke PPS Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu, hari ini. Foto Shahrul Qaizat dan Norman B

KUCHING: Mangsa banjir di Sarawak digesa supaya mendaftar dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi melayakkan mereka menerima bantuan makanan, minuman serta keperluan asas yang disediakan kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata pendaftaran di PPS amat penting bagi memastikan tiada keluarga tercicir daripada bantuan, khususnya golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan orang kurang upaya (OKU).

“Sekiranya mereka memilih untuk kekal di rumah, mereka tetap perlu memaklumkan dan mendaftar dengan pihak pengurusan PPS. 

“Jika tidak berdaftar, ia boleh menyukarkan penyaluran bantuan dari segi makanan, minuman, keselamatan dan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya ke PPS Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini 10 PPS masih aktif di Sarawak, melibatkan 304 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan 1,181 mangsa terjejas.

Daerah Kuching mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan lapan PPS aktif, melibatkan 289 KIR dan 1,119 mangsa. 

PPS yang beroperasi ialah Dewan Masyarakat Stapok dengan 178 mangsa, Dewan Sinar Budi dengan 208 mangsa, Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu menempatkan 59 mangsa, Surau Nurul Najhin Kampung Stapok dengan 56 mangsa, Dewan Serbaguna Taman Malihah dengan 163 mangsa, SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah menempatkan 179 mangsa serta SJK (C) Chung Hua Batu Kawa dengan 205 mangsa.

Selain itu, PPS Masjid Darul Istiqlal, Kampung Sungai Maong yang baharu dibuka turut menempatkan 71 mangsa.

Di Samarahan, satu PPS aktif di Dewan Suarah Samarahan melibatkan lapan KIR dengan 23 mangsa, manakala di Limbang, PPS Dewan Masyarakat Trusan menempatkan 39 mangsa daripada tujuh KIR.

BANJIR… DatoSri Nancy Shukri dan Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media selepas lawatannya ke PPS Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu, hari ini. Foto Shahrul Qaizat dan Norman B

Nancy berkata, dari segi kesiapsiagaan, pembukaan dan pengoperasian PPS dilakukan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjamin, selain pendaftaran kendiri melalui sistem Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (MyIBJKM) bagi mempercepatkan proses bantuan dan rekod data.

Beliau turut memaklumkan 617 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sarawak bersedia digerakkan secara maksimum, dibantu 13 pegawai psikologi, 270 anggota Pasukan Sokongan Psikologi (PST) serta 230 sukarelawan JKM.

“Bekalan keperluan asas berada pada tahap mencukupi dan dipantau secara berterusan. Jika bekalan dikeluarkan, kita akan segera menambah bagi mengelakkan sebarang kekurangan, khususnya makanan dan minuman,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama rapat antara agensi keselamatan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan terus diperkukuh bagi memastikan penyelarasan operasi serta kebajikan mangsa banjir sentiasa terpelihara.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Oleh Shahrul Qaizat dan Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 10 PPS aktif, 1,196 mangsa banjir dipindahkan di tiga bahagian
Next: Air naik awal pagi, mangsa Kampung Sungai Batu cemas selamatkan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.