Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Krismas pemangkin toleransi, Datuk Ding gesa perpaduan Meradong terus diperkukuh
  • Tengah
  • WILAYAH

Krismas pemangkin toleransi, Datuk Ding gesa perpaduan Meradong terus diperkukuh

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM…ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Liu Kwee Tang Wilayah Tengah. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Perayaan Krismas bukan sekadar acara keagamaan, sebaliknya menjadi wahana penting dalam menyatupadukan masyarakat serta memperkukuh semangat hormat-menghormati antara kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing, berkata perayaan seperti Krismas memainkan peranan penting sebagai platform untuk memupuk toleransi dan hubungan baik dalam masyarakat.

“Majlis sambutan Krismas anjuran Persatuan Liu Kwee Tang Wilayah Tengah hari ini berlangsung dalam suasana meriah dan harmoni.

“Oleh itu, saya merakamkan penghargaan kepada persatuan ini atas komitmen mereka menganjurkan program berbentuk kemasyarakatan yang bukan sahaja mengekalkan tradisi, malah menyatukan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di salah sebuah restoran, semalam.

Koung Hiing turut mengumumkan peruntukan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan Persatuan Liu Kwee Tang Wilayah Tengah untuk 2026.

“Saya berharap peruntukan ini dapat membantu merangka program yang lebih berimpak serta memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli persatuan, tetapi juga kepada komuniti di seluruh kawasan Wilayah Tengah.

“Saya akan terus bekerjasama dengan pertubuhan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai rakan penting dalam pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat di kawasan Meradong,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAR hari kedua jejak remaja disambar buaya di Sungai Kelai
Next: Sambutan Gawai Antu di Sungai Kawi bukti identiti Dayak terus kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.