Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang halang laluan, APM Lubok Antu bertindak segera
  • Selatan
  • WILAYAH

Pokok tumbang halang laluan, APM Lubok Antu bertindak segera

Utusan Sarawak 8 hours ago

Anggota APM sedang melaksanakan operasi pembersihan dan pemotongan pokok susulan kejadian pokok tumbang yang menghalang sepenuhnya laluan utama ke Kampung Melayu, dekat sini, malam tadi. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu menunjukkan kecekapan tinggi apabila bertindak segera susulan kejadian pokok tumbang yang menghalang sepenuhnya laluan utama ke Kampung Melayu, dekat sini, malam tadi.

Kejadian itu menimbulkan risiko keselamatan serius serta menyukarkan pergerakan harian penduduk, terutamanya pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Menurut kenyataan APM Daerah Lubok Antu, aduan daripada orang awam diterima pada 11.29 malam, memaklumkan keadaan kritikal di lokasi tersebut.

Pasukan MyASPA-O DELTA APM Lubok Antu digerakkan segera untuk melaksanakan operasi pembersihan dan pemotongan pokok.

Anggota APM sedang melaksanakan operasi pembersihan dan pemotongan pokok susulan kejadian pokok tumbang yang menghalang sepenuhnya laluan utama ke Kampung Melayu, dekat sini, malam tadi. Foto: APM Lubok Antu

Operasi dijalankan dengan cekap, berjaya memulihkan akses utama kampung dan memastikan pergerakan penduduk kembali lancar.

Tindakan pantas dan bersepadu ini menonjolkan komitmen APM Lubok Antu dalam memastikan keselamatan awam terpelihara, selain membuktikan kesiapsiagaan anggota menghadapi situasi kecemasan.

Bagi sebarang kecemasan, orang awam dinasihatkan menghubungi APM Lubok Antu di 083-584639 atau talian 999.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan Jalan Entayau di Lubok Antu terjejas akibat tanah susur
Next: Detik Tahun Baharu 2026 di Sibu: Hiburan, bazar dan aktiviti kekeluargaan sepanjang 13 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.