Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak catat rampasan RM9.9 juta dalam Op Taring
  • JENAYAH

PGA Sarawak catat rampasan RM9.9 juta dalam Op Taring

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA barangan rampasan bernilai RM9.9 juta hasil Op Taring.

KUCHING: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am merekodkan 15 kejayaan menerusi Op Taring Alpha, Op Taring Bravo dan Op Taring Batas atau Awas dari 26 November hingga semalam, dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM9.9 juta.

Komander PGA Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata operasi berkenaan membawa kepada penahanan beberapa suspek warga tempatan dan asing serta rampasan rokok dan minuman keras tanpa cukai, bahan api bersubsidi, barangan kawalan, produk sejuk beku, mercun dan kenderaan.

Menurutnya, kejayaan itu hasil kerjasama erat antara unit risikan PGA dan batalion di seluruh Sarawak, khususnya dalam membanteras kegiatan penyeludupan dan perdagangan haram di kawasan sempadan dan dalam negeri.

“Semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang undang,” katanya sambil menegaskan komitmen PGA untuk terus memperkukuh penguatkuasaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sepanjang 1 Januari tahun ini hingga semalam, PGA Sarawak mencatatkan rampasan bernilai RM404.9 juta melibatkan 623 kes, 741 tangkapan dan 362 kenderaan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.