Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS pastikan akses universiti lebih luas dengan pendidikan percuma
  • TEMPATAN

GPS pastikan akses universiti lebih luas dengan pendidikan percuma

Utusan Sarawak 4 hours ago
Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Majlis Graduasi Prasekolah dan Apresiasi Murid SK Sebangkoi, dekat sini baru-baru ini.  Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SRI AMAN: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melaksanakan inisiatif pendidikan tinggi percuma mulai tahun hadapan bagi memastikan lebih ramai anak Sarawak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti tanpa dibebani kos kewangan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, pelaksanaan dasar berkenaan merangkumi pemberian elaun tahunan sebanyak RM15,000 kepada anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di universiti milik Sarawak sebagai sokongan kepada perbelanjaan sara hidup dan pembelajaran.

Menurut beliau, langkah itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan GPS dalam memperkasa modal insan tempatan serta memastikan pendidikan tinggi dapat diakses secara saksama oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Majlis Graduasi Prasekolah dan Apresiasi Murid SK Sebangkoi, dekat sini baru-baru ini.  Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

“Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang negeri. Melalui pendidikan tinggi percuma dan elaun ini, kita mahu memastikan anak Sarawak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian tanpa perlu risau tentang kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Graduasi Prasekolah dan Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sebangkoi, dekat sini baru-baru ini, sambil menzahirkan harapan agar inisiatif berkenaan dapat melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan Sarawak pada masa hadapan.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik SK Sebangkoi atas komitmen dan dedikasi mereka dalam membentuk sahsiah serta kecemerlangan murid.

Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Majlis Graduasi Prasekolah dan Apresiasi Murid SK Sebangkoi, dekat sini baru-baru ini.  Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Menurut beliau, kejayaan graduan hari ini adalah hasil kesungguhan para guru yang sabar membimbing dan memastikan setiap murid diberi peluang berkembang mengikut potensi masing-masing.

Ucapan tahniah juga turut disampaikan kepada para graduan sebagai dorongan untuk terus mencapai masa depan yang cemerlang.

Doris turut menggesa agar semua pihak peka terhadap isu disiplin seperti buli dan bibit gangsterisme. 

Beliau menekankan bahawa keselamatan murid memerlukan kerjasama sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Miri bandar perintis Sistem Keutamaan Isyarat Bas pertama negara
Next: PCDS 2030 utamakan Pembangunan Modal Insan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.