Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Valencia bangkit selepas bergelora
  • SUKAN

Valencia bangkit selepas bergelora

Utusan Sarawak 5 years ago

Levante's Spanish midfielder Jose Luis Morales (C) challenges (fromL) Valencia's Brazilian defender Gabriel Paulista, Valencia's Central African Republic-French midfielder Geoffrey Kondogbia and Valencia's Danish midfielder Daniel Wass during the Spanish league football match Valencia CF against Levante UD at at the Mestalla stadium in Valencia on September 13, 2020. (Photo by JOSE JORDAN / AFP)

PEMAIN tengah Levante, Jose Luis Morales mencabar pemain Valencia, Gabriel Paulista, Geoffrey Kondogbia dan Daniel Wass semasa perlawanan La Liga Sepanyol antara Valencia dan Levante di Stadium Mestalla di Valencia. •Foto AFP

VALENCIA dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan saingan tempatan Levante 4-2 semalam sekali gus meningkatkan semangat yang amat dialu-alukan berikutan musim panas yang bergelora untuk kelab.

Manu Vallejo menjaringkan gol penentuan lewat dalam pesta gol di Mestalla setelah dua gol Jose Luis Morales untuk Levante dibatalkan oleh Gabriel Paulista dan Maxi Gomez yang sangat baik.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Javi Gracia sejak dilantik sebagai jurulatih Valencia pada Julai lalu dan membawa pasukan ke permulalan positif dalam La Liga walaupun terdapat ketegangan di luar padang.

Manuel Pellegrini turut menikmati permulaan yang berjaya dalam mengendali Real Betis setelah mereka menang 1-0 di Alaves. Bagaimanapunb, aksi pertama Unai Emery sebagai jurulatih Villarreal berakhir dengan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Huesca yang baru dipromosikan ke La Liga.

Valencia berharap dapat mencabar pasukan seperti Villarreal untuk mendapat tempat dalam kedudukan empat teratas musim ini namun beberapa pemain utama mereka telah terjual dengan pemilik tidak popular Peter Lim bertekad bagi memperbaiki keadaan kewangan kelab.

Gracia pada Jumaat berkata dia merasa sedih kerana skuadnya telah ‘dilemahkan’ dengan satu tindakan yang berani kerana tidak sabar dengan lembaga pengarah dan jurulatih sebelum ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Aksi simulasi Piala Thomas, Uber esok
Next: Kejohanan e-Sukan Piala Datuk Sebastian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.