Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Album konsep “KL City Pop”, buah tangan terbaharu Aizat Amdan
  • HIBURAN

Album konsep “KL City Pop”, buah tangan terbaharu Aizat Amdan

Utusan Sarawak 7 hours ago

GEORGETOWN: Selepas hampir 15 tahun tidak mengeluarkan album, penyanyi dan komposer hebat Aizat Amdan kembali dengan album terbaharu berjudul Simfoni Hati Beradu.

Aizat, 36, berkata album mini yang berkonsepkan “KL City Pop” itu memuatkan lima buah lagu serta menampilkan susunan muzik baharu dan unik.

“Ini adalah projek paling peribadi saya buat masa ini. Setiap lagu membawa cerita tersendiri dan saya mahu peminat merasai emosi di sebalik setiap melodi.

“Lima lagu ini adalah penghormatan untuk era yang pernah mewarnai industri tanah air kita hingga kini. An ode to Kuala Lumpur, the place I was raised,” katanya kepada Bernama.

Penyanyi lelaki popular ABPBH 2009 dan 2015 itu berkata album tersebut diinspirasikan daripada aliran muzik era 1980-an, namun diberi sentuhan tempatan agar dekat dengan identiti Kuala Lumpur.

“Antara lagu dalam album itu ialah Tegap Berdiri yang menceritakan tentang bangkit semula walaupun berulang kali jatuh, dan Sendiri Aku Ok! yang menolak stigma bahawa individu bujang pasti bersedih.

“Lagu utama, Simfoni Hati Beradu, memaparkan kisah perkahwinan saya sendiri, tentang dua individu berbeza yang bersatu dan menerima perbezaan masing-masing. Lagu Seperti Tak Pernah Engkau Bercinta menjadi nasihat untuk rakan saya yang pernah mengalami putus cinta, manakala Jika Kau Ada Seseorang menghargai setiap detik dan insan dalam kehidupan,” katanya.

Bekas peserta Akademi Fantasia 5 itu berkata album tersebut diterbitkan oleh Izzy Musa, ditulis oleh dirinya sendiri bersama-sama Mel Ramlan dan Izzy, serta ‘mastering’ oleh Jeson Huang.

Yang lebih menarik, setiap lagu dalam album berkenaan dihasilkan melalui sebuah podcast Dari Studio, kecuali lagu utama iaitu Simfoni Hati Beradu.

“Sesi podcast ini menekankan penulisan lagu secara langsung dengan syarat lagu mesti siap pada akhir sesi. Selain itu, ia memberi peluang untuk melihat proses sebenar penciptaan muzik serta peminat boleh faham bagaimana idea menjadi lagu,” katanya.

Kelima-lima lagu di dalam album itu boleh didengar di semua platform digital mulai hari ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bintang ‘Full House’ Dave Coulier didapati menghidap kanser lidah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.