Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah kosong dua tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Futee Utama
  • KEBAKARAN

Rumah kosong dua tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Futee Utama

Utusan Sarawak 3 hours ago

MUSNAH… Sebuah rumah kosong dua tingkat yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Jalan Taman Futee Utama, Riam di sini.

MIRI: Sebuah rumah kosong dua tingkat musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di Jalan Taman Futee Utama, Riam, di sini.

Menurut Komander Operasi, PBK II (TBK I) Liew Yee Mee dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.33 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati rumah jenis struktur tidak kekal berkeluasan lebat 20 kaki, panjang 40 kaki telah terbakar 100 peratus. Rumah tersebut juga dikenal pasti sebagai rumah kosong,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran 300 kaki dengan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua unit kedai di Pekan Lapok hangus dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.