KUALA LUMPUR, 10 November: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.70 mata kepada 1,605.88 berbanding 1,616.58 semasa ditutup pada Jumaat.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi 9.97 mata kepada 1,626.55.
Bagaimanapun, keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 299 berbanding 223 manakala 322 kaunter tidak berubah, 1,929 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 303.96 juta unit bernilai RM220.76 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup kukuh, disokong oleh penurunan harga minyak mentah yang semakin reda dan keyakinan yang meningkat terhadap kemungkinan penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat dengan Iran.
Bagaimanapun beliau berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menantikan prospek yang lebih jelas dalam tempoh terdekat.
“Kami menjangkakan indeks terus bergerak dalam fasa konsolidasi antara 1,610 hingga 1,625 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.12, Public Bank susut 15 sen kepada RM4.75, CIMB menurun satu sen kepada RM7.05, Tenaga Nasional berkurangan lapan sen kepada RM12.96 manakala IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM7.71.
Dalam dagangan aktif, Zetrix AI susut setengah sen kepada enam sen, Ni Hsin Group menurun empat sen kepada 14 sen manakala VS Industry dan Dagang Nexchange masing-masing meningkat setengah sen kepada 30 sen dan 39 sen dan AirAsia Group naik empat sen kepada 52.5 sen.
Antara saham paling untung ialah ialah Malaysian Pacific Industries yang meningkat 78 sen kepada RM36.98, Nestle mengukuh 66 sen kepada RM94.02, Sunway Construction Group naik 36 sen kepada RM8.22 manakala Vitrox Corp dan UWC masing-masing naik 24 sen kepada RM10.36 dan RM6.53.
Saham paling rugi ialah Mega Fortris yang menyusut 30 sen kepada RM1.10, YTL Power dan Hengyuan Refining masing-masing rendah 22 sen kepada RM4.79 dan RM2.70 manakala Hong Leong Industries berkurangan 12 sen kepada RM16.52.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 40.97 mata kepada 11,924.50 manakala Indeks FBM Top 100 rendah 46.13 mata kepada 11,752.32.
Indeks FBM Emas Syariah turut menyusut 40.97 mata kepada 11,924.50 manakala Indeks FBM ACE meningkat 28.99 mata kepada 5,269.23 dan Indeks FBM Mid 70 menokok 67.93 mata kepada 17,088.81.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.32 mata kepada 171.03, Indeks Tenaga rendah 8.12 mata kepada 786.74, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 134.20 mata kepada 18,822.86 manakala Indeks Perladangan merosot 2.85 mata kepada 8,723.51.- Bernama




