Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan tandas awam di Zon A Sibu diperiksa MPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Lapan tandas awam di Zon A Sibu diperiksa MPS

Utusan Sarawak 8 hours ago
YIING (kiri) dan kakitangan kesihatan awam MPS memeriksa salah satu tandas awam di Zon A.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) semalam menjalankan pemeriksaan terhadap lapan tandas awam dalam Zon A bagi meneliti isu-isu sedia ada dan menyelesaikannya dengan segera.

Antara lokasi yang diperiksa adalah Pintu Gerbang Sibu, Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I, Muzium Lau King Howe, Taman Papan Luncur, Medan Selera SEDC, Taman Makanan Khoo Peng Loong, Pusat Warisan Sibu dan Sibu Rejang Esplanade.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Yiing Sy Huat berkata, tandas awam berkenaan kini diurus dan diselenggara setiap hari oleh kontraktor, manakala kerja-kerja pembaikan atau naik taraf berskala besar adalah di bawah tanggungjawab majlis.

RAKAM KENANGAN… Ting, Yiing, Jenny, Ling dan yang lain bergambar selepas pemeriksaan di tandas awam di Taman Makanan Khoo Peng Loong.

“Sebagai contoh, tandas awam di Taman Makanan Khoo Peng Loong sudah dirancang untuk dinaik taraf, dijangka tahun depan.

“Bagaimanapun, isu seperti saliran tidak sempurna dan kebocoran air hujan perlu ditangani segera, dan perbincangan sedang dijalankan untuk mencari penyelesaian,” katanya kepada pemberita.

Dalam masa sama, Yiing turut menyuarakan harapan agar masyarakat dapat memupuk kesedaran sivik yang lebih tinggi dan menjaga kemudahan awam dengan menggunakannya secara berhemah.

“Hanya melalui kerjasama antara majlis dan orang ramai, jangka hayat serta kualiti kemudahan awam dapat dikekalkan atau dipertingkatkan,” ujarnya.

Sementara itu, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa masalah penyelenggaraan di beberapa tandas awam termasuk lantai tidak dikeringkan, mangkuk tandas dan urinal tidak dibersihkan, serta amalan pengemasan yang lemah.

Turut ditemui ialah paip bocor, bilik stor berhabuk atau tidak teratur, sampah tidak dikutip dan peralatan pembersihan tidak disimpan dengan betul.

Masalah struktur seperti kesan takungan air dan cat siling mengelupas juga diperhatikan, manakala satu lokasi iaitu Pusat Warisan Sibu dikesan menyalahgunakan kawasan tandas untuk aktiviti memasak.

Selain itu, beliau turut memaklumkan terdapat tanda-tanda takungan air di sekitar kawasan papan luncur.

Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS, Kaunselor Richard Ting, Kaunselor Shirley Ling serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pasar dan Peniaga Kecil MPS, Kaunselor Jenny Ting.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peralatan tulis percuma ringankan beban calon SPM di Miri
Next: Polis perhebat pemantauan sekolah dan rumah ibadat di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.