Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei angkat nilai moral, kukuh perpaduan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei angkat nilai moral, kukuh perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 7 hours ago
SELAMAT ULANG TAHUN….Pengerusi MDS, Konselar Stephen Wong Kie Yong (tengah) selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii memotong kek bersama ahli-ahli pertubuhan Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Ulang tahun ke-24 Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei disambut dalam suasana simbolik, mencerminkan peranan pertubuhan itu dalam memupuk kasih sayang, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei Dato’ Sri Huang Tiong Sii merakamkan ucapan tahniah kepada organisasi tersebut atas usaha berterusan memartabatkan nilai moral dan perpaduan masyarakat.

“Sejak 24 tahun lalu Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei kekal konsisten menjalankan kerja kebajikan, menyebarkan nilai murni dan membantu golongan memerlukan, sekali gus menjadikan pertubuhan ini antara tunjang moral penting di kawasan Sarikei.

“Pertubuhan moral ini turut memainkan peranan signifikan dalam menggalakkan nilai kasih sayang, toleransi dan keharmonian antara kaum, selaras dengan usaha membina masyarakat yang bersatu padu dan progresif,” katanya.

UNTUK ALBUM….Pengerusi MDS, Konselar Stephen Wong Kie Yong (duduk tengah) bergambar bersama ahli jawatankuasa baharu Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei. Foto Pusat Khidmat Repok

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS), Kaunselor Stephen Wong Kie Yong selaku wakilnya di majlis makan malam tahunan dan angkat sumpah ahli jawatankuasa baharu Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei baru-baru ini.

Katanya, kerajaan Sarawak sentiasa mengamalkan dasar kesederhanaan serta menghormati kepelbagaian agama dan budaya, di samping menyalurkan sokongan berterusan kepada pertubuhan agama dan organisasi sosial bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

“Terima kasih kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) di Sarikei atas sokongan padu mereka selama ini.

“Pembangunan Sarikei tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat antara masyarakat dan pemimpin.

“Sebagai wakil rakyat, saya berpegang kepada komitmen berkhidmat kepada semua tanpa mengira kaum dengan terus memperjuangkan peruntukan pembangunan termasuk infrastruktur, pendidikan, kebajikan masyarakat serta aktiviti keagamaan di Parlimen Sarikei,” katanya.

Tiong Sii turut menyatakan keyakinan bahawa jawatankuasa baharu pertubuhan tersebut akan terus memartabatkan nilai moral, memperkukuh perpaduan serta meneruskan kerja amal demi kesejahteraan masyarakat.

Di majlis sama, beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Peningkatan Moral Che Sea Khor Sarikei.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Rondaan pemantauan MTL terus dipergiat
Next: Kursus Pertolongan Cemas Hakka Miri tekankan tanggungjawab komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.