Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MAHB giat tangani kebocoran di Terminal 1 KLIA
  • SEMASA

MAHB giat tangani kebocoran di Terminal 1 KLIA

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan beberapa bahagian Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran susulan hujan ribut tengah hari tadi.

MAHB dalam kenyataan memaklumkan pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan telah digerakkan untuk menangani situasi berkenaan sambil mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pembendungan dan perlindungan sistem elektrik.

“Kami berhubung rapat dengan rakan kongsi untuk meminimumkan sebarang impak terhadap operasi,” katanya.

Menurut MAHB cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga 6.00 petang ini dan langkah pemantauan dipertingkatkan telah dilaksanakan.

Terdahulu, klip video berdurasi 26 saat yang menunjukkan berlakunya kebocoran dipercayai di balai berlepas terminal itu tular di media sosial.

Sementara itu, MAHB dalam kenyataan berasingan memaklumkan penilaian teknikal akan dilakukan untuk menentukan punca kebocoran itu.

Langkah pembaikan dan pencegahan yang perlu juga akan dilaksanakan untuk mengukuhkan daya tahan KLIA terhadap kejadian serupa pada masa hadapan, menurut MAHB.

Menurut kenyataan itu, kaunter daftar masuk K dan L telah terjejas dan kemudian dibuka semula selepas air dibersihkan dalam masa satu setengah jam dan pemeriksaan sistem penting mendapati kawasan itu selamat digunakan.

“Fungsi asas lapangan terbang termasuk pemprosesan penumpang, pergerakan terminal dan sistem utama seperti Aerotrain dan sistem pengendalian bagasi tidak terjejas.

“Pemeriksaan teknikal masih dijalankan dan beberapa fungsi sokongan terus di bawah pemantauan rapi,” tambahnya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PRN Sabah: Polis kenal pasti 15 lokasi panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.