23 warga Indonesia ditahan dalam operasi imigresen di Bintulu

Facebook
WhatsApp
ANTARA individu warga asing yang diperiksa oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi penguatkuasaan di Bintulu. Foto JIM Sarawak

BINTULU, 22 Oktober: Seramai 23 warga Indonesia termasuk 20 wanita ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam operasi di empat lokasi bilik sewa di atas premis kedai sekitar Bintulu baru-baru ini.

Menurut JIM Sarawak, seramai 40 individu diperiksa dalam operasi menerusi Ops Gegar dan Ops Sapu yang membabitkan 14 pegawai imigresen.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, semua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Bekenu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

JIM Sarawak berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkuat kuasa.