
MARUDI: Sejumlah RM36,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala kepada lapan organisasi di sekitar daerah ini.
Penyerahan cek MRP disempurnakan oleh beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, hari ini.
Peruntukan tersebut diserahkan Antara penerima peruntukan berkenaan ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lubok Nibong (RM5,000), Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (PERKIP) Cawangan Marudi (RM3,500), Unit Saberkas Pekan Marudi (RM3,000) dan SIDS Sungai Ridan A, Marudi (RM8,000).
Turut menerima peruntukan ialah Borneo Evangelical Mission (RM3,000), Persatuan Youtuber Sarawak (RM5,000), PIBG SK Dato Sharif Hamid (RM3,500) serta Gereja Roman Katolik Basil Rh Gudang (RM5,000).
Oleh Jiku Juguong