Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kubaru FT juara Piala Pengerusi Saberkas Daro, serlah semangat kesukanan belia
  • SUKAN

Kubaru FT juara Piala Pengerusi Saberkas Daro, serlah semangat kesukanan belia

Utusan Sarawak 12 hours ago
TAHNIAH…Safiee merakam kenangan bersama pasukan Kubaru FT yang dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Pengerusi Saberkas Cawangan Daro Edisi Ke-7 yang berlangsung meriah di Kompleks Sukan di Daro, semalam. Foto UKAS

DARO: Semangat kesukanan serta perpaduan komuniti jelas terpancar menerusi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Pengerusi Saberkas Cawangan Daro Edisi Ketujuh, yang berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan di sini, semalam.


Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad yang juga Setiausaha Agung Saberkas Negeri Sarawak, dengan sepak mula rasmi sebagai tanda simbolik pembukaan kejohanan.

Sebanyak 10 pasukan yang mewakili kampung masing-masing dari Tanah Besar Daro berentap dalam kejohanan kali ini yang bertujuan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sihat selain memperkukuh semangat perpaduan masyarakat setempat.

Edisi tahun ini menyaksikan Kubaru FT dinobatkan sebagai juara, manakala Masbina FT muncul naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Tebaang FC.

Dalam ucapannya, Safiee menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding serta memuji usaha berterusan Saberkas Cawangan Daro yang konsisten menganjurkan kejohanan tersebut saban tahun sebagai platform mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak.

“Kejohanan seperti ini bukan sahaja mengukuhkan semangat kesukanan, tetapi juga mempererat hubungan komuniti, terutamanya dalam kalangan belia yang merupakan aset penting pembangunan daerah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang hadir memberikan sokongan padu, sekali gus menyemarakkan suasana pertandingan di padang.

Turut hadir Pemanca Lau Oi Phen, Penghulu Abu Bakar Salleh, Penghulu Bahiri Selakong, serta ketua-ketua kampung dari Tanah Besar Daro.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool akan bangkit, kata Van Dijk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.