Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Beladin gempar buaya 350 kilogram sesat masuk kampung
  • Selatan
  • WILAYAH

Penduduk Beladin gempar buaya 350 kilogram sesat masuk kampung

Utusan Sarawak 23 hours ago

Seekor buaya seberat kira-kira 350 kilogram dengan panjang dianggarkan 3.1 meter ditemui bersembunyi di bawah sebuah rumah penduduk di Kampung Beladin, hari ini. Foto: APM Debak

BELADIN: Penduduk di sebuah kampung di sini gempar selepas seekor buaya gergasi seberat kira-kira 350 kilogram dengan panjang dianggarkan 3.1 meter ditemukan bersembunyi di bawah sebuah rumah penduduk, hari ini.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak hari ini, reptilia berkenaan dikesan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang menyedari kehadiran buaya itu berhampiran kawasan kediaman.

Seekor buaya seberat kira-kira 350 kilogram dengan panjang dianggarkan 3.1 meter ditemui bersembunyi di bawah sebuah rumah penduduk di Kampung Beladin, hari ini. Foto: APM Debak

Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota APM bergegas ke lokasi dan menjalankan operasi penangkapan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Tindakan pantas anggota APM berjaya memastikan keselamatan penduduk terjamin, dan buaya berkenaan akhirnya berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas.

Seekor buaya seberat kira-kira 350 kilogram dengan panjang dianggarkan 3.1 meter ditemui bersembunyi di bawah sebuah rumah penduduk di Kampung Beladin, hari ini. Foto: APM Debak

Haiwan berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut termasuk pemindahan ke habitat asal.

Kejayaan operasi itu membuktikan tahap kecekapan dan kesiapsiagaan APM Debak dalam menangani situasi berisiko tinggi yang melibatkan keselamatan awam.

APM turut menzahirkan penghargaan kepada SFC serta penduduk kampung yang berpengalaman dalam membantu penangkapan reptilia berbahaya tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen ‘CleanPanBorneo’ diteruskan, ADUN Kalaka sokong penuh usaha KMKK Saratok
Next: Peserta luar bandar sanggup tempuh perjalanan empat jam sertai Kursus Cendawan Tiram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.