Dua lelaki ditahan berkaitan dadah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DUA suspek ditangkap dan ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

BAU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bau menahan dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman, berkata pemeriksaan dijalankan di Kampung Duyoh Serikin dan Kampung Skiat Baru antara 1.50 petang hingga 4.30 petang kelmarin.

Kedua-duanya menjalani ujian saringan air kencing awal dan didapati positif dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Haide menegaskan pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.

“Orang ramai digalakkan berkongsi sebarang maklumat mengenai aktiviti dadah melalui talian hotline Narkotik Bukit Aman di 012-208 7222 atau hotline Narkotik Sarawak di 017-592 9211,” tambah beliau.

Oleh Connie Chieng

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.