Golongan muda digalakan menceburi bidang pertanian moden

Facebook
WhatsApp
DATUK Gerawat Gala

BARAM, 9 November: Seramai 150 orang peserta menyertai Kursus Tanaman Kopi dan Tanaman Kontan  yang dianjurkan Jabatan Pertanian Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek ) Datuk Gerawat Gala berkata program ini merupakan satu inisiatif penting dalam membawa ilmu, teknologi, khidmat nasihat serta maklumat berkaitan pertanian secara lansung kepada masyarakat luar bandar.

Semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penangguhan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) 2026 yang telah berlangsung di Ruai Rumah Panjang Kampung Long Seridan Baram hari ini, Gerawat memberitahu antara tanaman yang diberikan penekanan termasuk kopi, ubi keledek, jagung, cili, timun, bendi, halia dan serai.

DATUK Gerawat Gala bergambar kenangan bersama peserta Kursus Tanaman Tanaman Kopi dan Kontan

Beliau berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta untuk mengembangkan aktiviti pertanian, meningkatkan produktiviti serta menjana sumber pendapatan baharu kepada keluarga dan komuniti masing-masing.

Katanya Kampung Long Seridan dan kawasan Ulu Baram mempunyai potensi besar dalam pembangunan sektor agromakanan.

Selain tanaman kopi dan tanaman kontan Gerawat menegaskan potensi tanaman padi sawah, buah-buahan tempatan, sayur-sayuran serta perusahaan hiliran makanan juga wajar diterokai secara lebih terancang.

“Kita perlu mengubah pendekatan pertanian daripada sekadar menanam untuk menghasilkan produk kepada pertanian berorientasikan pasaran dengan mengambil kira permintaan, kualiti produk dan peluang pemprosesan yang mampu memberikan nilai tambah,” tambah beliau.

Sehubungan itu beliau menggalakkan golongan belia untuk menceburi bidang pertanian moden dan menjadi agropreneur muda dengan  memanfaatkan teknologi, mekanisasi serta platform pemasaran digital.

Oleh Jiku Juguong

JPJ Sarawak perkasa keselamatan pemandu DBKU

KUCHING, 8 November: Seramai 32 pemandu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyertai Kursus Pemanduan Berhemah dan Penyelenggaraan Kenderaan bagi meningkatkan