Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Beckham kini bergelar Sir, anggap gelaran kesatria sebagai ‘detik paling membanggakan’
  • SUKAN

Beckham kini bergelar Sir, anggap gelaran kesatria sebagai ‘detik paling membanggakan’

Utusan Sarawak 15 hours ago

Beckham ditemani isterinya, Victoria, bekas ahli kumpulan pop Spice Girls. Foto AFP

LONDON: Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham, pada Selasa menerima gelaran kesatria daripada Raja Charles III di Istana Windsor dan menyifatkannya sebagai “detik paling membanggakan” dalam hidupnya.

Bintang bola sepak berusia 50 tahun itu, yang pernah mewakili England sebanyak 115 kali serta bermain untuk kelab terkenal seperti Manchester United dan Real Madrid, diberi anugerah tersebut atas jasanya dalam bidang sukan dan kebajikan.

“Ini satu detik yang luar biasa,” kata Beckham. “Bagi seorang budak dari timur London untuk berada di Istana Windsor, menerima penghormatan daripada Seri Paduka Baginda Raja – institusi paling penting dan dihormati di dunia – ini tanpa ragu detik paling membanggakan saya.”

Beckham, yang terkenal dengan gaya berpakaian elegan, mengenakan sut kelabu rekaan isterinya, Victoria Beckham, bekas bintang pop yang kini pereka fesyen.

Victoria turut menemaninya ke majlis itu bersama ibu bapanya, Ted dan Sandra. 

Beckham telah dikenali sebagai “Sir David” sejak pengumuman anugerah itu pada Jun lalu, manakala Victoria kini bergelar “Lady Beckham”.

Apabila ditanya sama ada beliau sempat berbual dengan Raja Charles semasa majlis tersebut, Beckham berkata baginda “agak terpesona dengan sut saya”.

“Baginda antara lelaki berpakaian paling bergaya yang saya kenal, dan sebenarnya banyak gaya saya diilhamkan oleh baginda. Saya lihat gambar-gambar lama baginda memakai sut pagi ketika muda dan fikir, ‘itulah gaya yang saya mahu’, jadi saya serahkan idea itu kepada isteri saya dan dia menyiapkannya,” katanya.

Beckham menambah bahawa menerima penghormatan ini amat bermakna baginya kerana beliau “sentiasa mengagumi institusi diraja”.

“Saya sangat bertuah dalam kerjaya — menang banyak trofi dan capai banyak perkara — tetapi menerima gelaran kesatria ini melebihi segala yang pernah saya bayangkan,” katanya.

Penganugerahan ini menandakan kemuncak usaha bertahun-tahun Beckham untuk melangkaui dunia bola sepak dan menjadi ikon global dalam sukan, fesyen dan perniagaan.

Beliau pernah hampir menerima gelaran itu selepas membantu London memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012, namun pencalonannya ditangguhkan berikutan dakwaan penglibatan dalam skim pengelakan cukai — dakwaan yang kemudian dibersihkan. – AFP

Continue Reading

Previous: Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025
Next: Mural Alexander-Arnold diconteng menjelang kepulangan ke Anfield

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.