Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Teater muzikal ‘Keling dan Kumang’ tonjolkan keindahan budaya Iban
  • HIBURAN

Teater muzikal ‘Keling dan Kumang’ tonjolkan keindahan budaya Iban

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUCHING: Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan bakal mementaskan “Teater Lagenda Keling dan Kumang: The Musical” pada Jumaat dan Sabtu ini (7, 8 November 2025) di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia, Sarawak.

Pementasan itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri serta Sekolah Seni Sarawak, dengan Kampung Budaya Sarawak sebagai rakan strategik.

Teater muzikal ini mengangkat kisah legenda masyarakat Iban melalui gabungan bahasa Melayu dan Iban, sekali gus menawarkan pengalaman seni persembahan yang segar serta beridentiti tempatan. 

Ia bertujuan memupuk apresiasi terhadap seni dan warisan Dayak melalui pementasan kreatif yang mampu dihayati oleh pelbagai lapisan penonton.

Menampilkan barisan pelakon seperti Anding Indrawani, Lorna Lamban, Azam Pitt, Ricky Raca Kimwah serta pelajar Sekolah Seni Sarawak, produksi ini mengetengahkan kisah cinta dan keberanian dua tokoh legenda, Keling dan Kumang; dalam bentuk persembahan penuh muzik, tarian dan penceritaan tradisional.

Pementasan ini turut mengekalkan elemen asal budaya Iban seperti penusi ensera serta penggunaan dialog dalam bahasa saduran Iban, diolah dengan pendekatan moden bagi menyemai nilai moral dan semangat kekitaan dalam kalangan generasi muda.

Teater muzikal ini dijangka menjadi antara persembahan pentas terbesar yang menonjolkan identiti masyarakat Iban di Sarawak tahun ini. 

Orang ramai digalakkan mendapatkan tiket lebih awal bagi menyaksikan persembahan istimewa tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tiket boleh ditempah melalui pautan: https://forms.gle/Asru7ZNYCdBePCNk9. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 019-883 6144 (Wendy), 014-596 7837 (Fatin), 011-1001 2909 (Dewi), 012-891 3026 (Mazlan), 018-978 5047 (Ekin) atau 012-550 6557 (Qaseh).

Continue Reading

Previous: Nabila Razali kembali dengan #BalasBaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.