Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya hampir pulih sepenuhnya – Julaihi
  • SEMASA

Masalah tekanan air rendah di Sibu Jaya hampir pulih sepenuhnya – Julaihi

Utusan Sarawak 19 hours ago

Julaihi Narawi (enam dari kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat yang lain pada sambutan Hari Integriti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak 2025, hari ini. 

SIBU: Masalah tekanan air rendah yang sekian lama membelenggu penduduk di Sibu Jaya kini menunjukkan perkembangan positif dengan tahap pemulihan hampir sepenuhnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata ia hasil pelaksanaan beberapa projek menaik taraf sistem bekalan air oleh kerajaan Sarawak.

Katanya, kerja penggantian paip utama dan pembinaan saluran paip lencongan sepanjang satu kilometer yang menghubungkan Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 dengan Loji Rawatan Air Salim telah berjaya menstabilkan tekanan air di kawasan berkenaan.

“Bekalan air di Sibu Jaya kini hampir pulih sepenuhnya. Namun pada waktu puncak, tekanan di tingkat atas flat kadangkala berkurangan disebabkan penggunaan tinggi, perkara itu di luar kawalan kita.

“Tugas utama kami ialah memastikan air sampai kepada pengguna, dan itu telah kita laksanakan melalui kerja penggantian serta pembinaan paip lencongan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Integriti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak 2025, di sini, hari ini.

Julaihi Narawi (tengah) semasa melancarkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah JBALB di Sibu hari ini.

Julaihi berkata, apabila Loji Rawatan Air Salim siap sepenuhnya, kapasiti bekalan air untuk Sibu dan kawasan sekitarnya akan mencukupi dengan lebih baik.

Menurutnya, kapasiti loji berkenaan kini ialah 150 juta liter sehari, manakala Loji Bukit Lima menghasilkan 45 juta liter sehari, menjadikan jumlah keseluruhan 195 juta liter sehari. 

Namun, jumlah itu belum mencukupi untuk menampung keperluan jangka panjang.

“Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bagi menggandakan kapasiti Loji Rawatan Air Salim kepada 300 juta liter sehari, dengan kemajuan projek kini mencecah hampir 40 peratus,” jelasnya.

Julaihi berkata, selain itu kerajaan negeri juga memperuntukkan RM170 juta untuk kerja penggantian dan menaik taraf paip lama di Sibu yang telah dilaksanakan secara berperingkat sejak 2004.

“Fasa pertama melibatkan kos RM59 juta dan kini kita beralih ke fasa kedua. Banyak paip lama di sekitar bandar Sibu serta kawasan berhampiran sedang dinaik taraf bagi memastikan sistem lebih efisien,” katanya.

Dalam pada itu, Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 yang kini 98 peratus siap dijangka memberi impak besar kepada penambahbaikan sistem agihan air di Sibu Jaya apabila beroperasi kelak.

Sementara itu, Julaihi turut mengarahkan Sarawak Water Sdn Bhd menyemak semula perjanjian penjualan air kepada pihak ketiga bagi memastikan keperluan pengguna domestik terus menjadi keutamaan.

“Saya difahamkan ada perjanjian penjualan air sebelum ini, tetapi saya telah minta supaya perkara itu diteliti semula agar harga dan kuantitinya munasabah serta tidak menjejaskan pengguna tempatan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan dan Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Sarawak antara lapan negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat
Next: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tiga negeri hingga 1.00 pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.