Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Harden puji semangat juang pemain muda di Kejohanan Badminton Junior Sarawak
  • SUKAN

Harden puji semangat juang pemain muda di Kejohanan Badminton Junior Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Kejohanan Badminton Junior Sarawak Tertutup 2025 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman semalam. Foto SBC

SIMANGGANG: Bakat-bakat muda dari seluruh negeri menyerlah dalam Kejohanan Badminton Junior Sarawak Tertutup 2025 yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman semalam apabila beberapa pemain cilik dan remaja muncul juara dalam pelbagai kategori.

Bagi kategori Lelaki Perseorangan Bawah 10 tahun (U10), pemain dari C&L BC Bintulu, Raynell Ho Yee Xiong muncul juara selepas menunjukkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan. 

Bagi kategori Perempuan Perseorangan U10, gelaran juara menjadi milik Caylnn Law dari Kelab Badminton Simanggang (SBC).

Pemain muda Muhammad Zakir Mohd Fairizam dari Persatuan Badminton Kuching Badminton pula menjuarai kategori Lelaki Perseorangan U12, manakala pasangan Sim Yong Kang dan Chong Cheng Wei dari SBC Simanggang menjuarai acara Lelaki Beregu U12.

DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Kejohanan Badminton Junior Sarawak Tertutup 2025 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman semalam. Foto SBC

Bagi kategori perempuan, pemain berbakat Genevieve Marchialyn Gabriel Ngo dari Young Champ Bintulu menjuarai Perseorangan U12, serta turut bergandingan bersama Jong Wan Jing untuk menjuarai Beregu Perempuan U12 mewakili Young Champ Bintulu / JMBA Miri.

Sementara itu, kategori U15 menyaksikan persaingan sengit dengan Dess Arundell Johnny dari HY BA Kuching dinobatkan juara Lelaki Perseorangan, dan Aleesya Zahirah Mohamad Zaki dari EBC Kuching muncul juara Perempuan Perseorangan.

Bagi acara beregu, pasangan Geraldine Victoria Rorton, Ameera Alesya Jafferi dari PBM Kuching / KBA Kuching menjuarai Beregu Perempuan U15, manakala pasangan dari Betong, Hazem Aqel Shandi Abdullah, Khuzairi Isam Mohamad Daud Kushairy, merangkul kejuaraan Beregu Lelaki U15.

DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Kejohanan Badminton Junior Sarawak Tertutup 2025 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman semalam. Foto SBC

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis. Turut hadir ialah Pengerusi SBC, Kapitan Tay Buan Boon.

Dalam ucapannya, Harden memuji persembahan bertenaga para peserta serta menzahirkan keyakinan terhadap masa depan sukan badminton di Sarawak.

DATUK Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Kejohanan Badminton Junior Sarawak Tertutup 2025 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman semalam. Foto SBC

“Acara ini telah mengumpulkan bakat-bakat muda badminton dari seluruh Sarawak yang berentap dengan penuh semangat, mempamerkan tahap persaingan yang tinggi serta semangat kesukanan yang utuh,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap momentum ini akan diteruskan bagi melahirkan lebih ramai jaguh badminton yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya amat bangga melihat kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan. Teruskan latihan kerana di sinilah lahirnya juara masa depan,” ujar beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kontinjen Sibu sedia gempur Karnival Sukan R&DO Samarahan 2025
Next: Remaja Malaysia rangkul tempat pertama Kejohonan Catur Sekolah-Sekolah Asia ke-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.