Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SFC dan SBC jalankan penilaian biodiversiti di Bukit Keluan, Ulu Baram
  • TEMPATAN

SFC dan SBC jalankan penilaian biodiversiti di Bukit Keluan, Ulu Baram

Utusan Sarawak 1 day ago
INDAH… Anggota SFC ketika mengadakan lawatan sehari ke Air Terjun Tiga Beradik sempena program Penilaian Bersepadu Biodiversiti dan Pengetahuan Tradisional di kawasan Bukit Keluan, Ulu Baram, baru-baru ini.

MIRI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah menganjurkan Program Penilaian Bersepadu Biodiversiti dan Pengetahuan Tradisional yang berlangsung selama dua minggu bermula 25 Oktober 2025 di kawasan Bukit Keluan, Ulu Baram.

Program ini dianjurkan melalui Bahagian Pemuliharaan dan Penyelidikan Biodiversiti (BCR) dengan kerjasama Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC).

Menurut kenyataan SFC melalui hantaran Facebook hari ini, penilaian berkenaan diketuai oleh Ketua Seksyen Penyelidikan dan Pemuliharaan Flora, Muliati Musa, bersama pasukan penyelidik flora dan fauna serta renjer dari Pejabat Wilayah Miri.

“Program ini bagi memastikan pengumpulan sampel lapangan dan dokumentasi spesies dilaksanakan secara menyeluruh.

“Inisiatif kolaboratif ini mencerminkan komitmen berterusan SFC dalam memperkukuh penyelidikan saintifik, penglibatan komuniti serta usaha pemuliharaan biodiversiti di kawasan pedalaman Sarawak.

“Ia juga seiring dengan matlamat negeri untuk memelihara ekosistem semula jadi dan menggalakkan penggunaan sumber secara lestari,” katanya.

Sehubungan itu, SBC turut menghantar pasukan seramai 15 pegawai dan penyelidik untuk menyertai ekspedisi ini, yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Dr. Yeo Tiong Chia, dalam lawatan sehari ke Air Terjun Tiga Beradik (Three Sisters Waterfall).

Beliau juga merasmikan sesi Ceramah Kesedaran Pemuliharaan Komuniti, yang menekankan Projek Dokumentasi Pengetahuan Tradisional dan Kesedaran Biopirasi yang dikendalikan oleh pegawai SBC.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: PPWS wadah pemerkasaan wanita Sarawak
Next: Ainul Aisyah Mahadir dinobat Ratu Etnik Pesta Kanowit 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.