Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 21 atlet wakili Sarawak ke Kejohanan Judo Terbuka Johor 2025
  • SUKAN

21 atlet wakili Sarawak ke Kejohanan Judo Terbuka Johor 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
SELAMAT MAJU JAYA…..Teo (kanan) menyerahkan bendera kepada Lau (kiri) di Lapangan Terbang Sibu, hari ini.

SIBU: Persatuan Judo Sarawak (PJS) menghantar seramai 21 atlet untuk menyertai Kejohanan Judo Terbuka Johor 2025 yang akan berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober ini.

Penasihat persatuan, Datuk Teo Boon Siew telah dijemput untuk menyempurnakan majlis penyerahan bendera kepada Presiden PJS Datuk Sri Lau Kueng Chai di Lapangan terbang Sibu hari ini, sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada pasukan berkenaan.

Lau memberitahu, atlet-atlet baharu yang menyertai kejohanan berskala besar dan berprestij ini akan beraksi buat kali pertama.

“Walaupun sasaran mereka ialah tiga pingat emas, saya berharap para atlet dapat mengekalkan sikap tenang dan mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman dengan bertanding bersama atlet dari negeri-negeri lain,” ujarnya.

Beliau berkata, kejohanan ini juga berperanan sebagai persiapan awal menjelang termasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor pada tahun depan.

Lau turut menaja sepenuhnya kos penyertaan kejohanan tersebut, bagi memastikan penyertaan semua atlet dan meningkatkan semangat mereka.

“Bagi mempromosikan sukan judo di Sarawak, saya juga telah menaja 100 set pakaian judo sebagai galakan pemain.

“Selain itu, bagi memperkukuh latihan fizikal atlet, saya telah meminta jurulatih judo mencari pusat kecergasan yang sesuai dan saya akan menanggung kos sewaannya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kejohanan sukan medan penting cungkil bakat, bentuk jati diri murid sekolah
Next: Terbuka Denmark: Jun Hao gagal lepasi cabaran Shi Feng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.