Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 156 kemalangan direkod di Meradong, polis cadang naik taraf infrastruktur jalan raya
  • WILAYAH

156 kemalangan direkod di Meradong, polis cadang naik taraf infrastruktur jalan raya

Utusan Sarawak 1 day ago
CADANGAN… KBSPT IPD Meradong, Inspektor Rizal Md Isa membentangkan laporan dan cadangan keselamatan trafik dan lalu lintas Daerah Meradong. Foto Earl Anek

BINTANGOR: Sebanyak 156 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Daerah Meradong bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, Inspektor Rizal Md Isa, berkata daripada jumlah itu, 125 kes melibatkan kemalangan rosak, 17 kes kemalangan ringan, tujuh kes kemalangan parah dan tujuh kes kemalangan maut dengan sembilan kematian direkodkan.

“Antara kategori kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan ialah kereta sebanyak 98 kes, diikuti kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebanyak 36 kes, lori sembilan kes, motosikal tujuh kes, MPV tiga kes, traktor dua kes dan bas satu kes,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan sebagai wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dalam mesyuarat keselamatan trafik dan lalu lintas Daerah Meradong yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, pagi tadi.

CADANGAN… KBSPT IPD Meradong, Inspektor Rizal Md Isa membentangkan laporan dan cadangan keselamatan trafik dan lalu lintas Daerah Meradong. Foto Earl Anek

Turut dibentangkan beberapa cadangan penambahbaikan termasuk pemasangan papan tanda di simpang Sing Ba dan Jalan Tanjung Genting dan pemasangan lampu jalan dari Batu 1 hingga ke Pasar Bintangor dan dari Batu 1 ke Taman Bintang. 

Selain itu, cadangan turut meliputi pemasangan lampu jalan di Simpang Sing Ba, simpang Jalan Sin Hock dan Jalan Skim B bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam.

Katanya, IPD Meradong turut mencadangkan pemasangan jalur rentas kuning di beberapa bahagian Lebuh Raya Pan Borneo di kawasan Meradong bagi mengekang kegiatan lumba haram terutamanya di kalangan penunggang motosikal. 

“Risiko lumba haram adalah membahayakan pengguna jalan raya lain, mengganggu ketenteraman awam, menyebabkan kemalangan maut dan membahayakan keselamatan pihak polis semasa menjalankan operasi penguatkuasaan lumba haram,” katanya. 

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Lau Chi Sing. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Sukan Negara: UTS giat promosi gaya hidup aktif melalui SPORTIFY
Next: Ular berbisa berjaya ditangkap anggota bomba di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.