Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Kujang Mawang kini berwajah baharu
  • Selatan
  • WILAYAH

SK Kujang Mawang kini berwajah baharu

Utusan Sarawak 2 days ago
default
default

MAJLIS penyerahan rasmi projek siap Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 3) di sini kelmarin. Foto: JKR Sarawak

SERIAN: Satu majlis penyerahan rasmi projek siap Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 3) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kujang Mawang, Tebedu, di sini kelmarin.

Majlis tersebut menandakan satu lagi kejayaan penting dalam usaha berterusan kerajaan memperkukuh infrastruktur pendidikan luar bandar, sekali gus memastikan para murid menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Upacara penyerahan disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan (KPM), Mohd Zahreen Mohd Zailani. 

MAJLIS penyerahan rasmi projek siap Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 3) dekat sini kelmarin. Foto: JKR Sarawak

Projek pembangunan semula ini merangkumi pembinaan pelbagai kemudahan utama termasuk blok pentadbiran tiga tingkat dan blok bilik darjah empat tingkat, yang mampu menampung lebih ramai murid dalam suasana pembelajaran moden dan tersusun.

Selain itu, sebuah blok pra-sekolah turut dibina bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak, manakala dua blok asrama lelaki dan perempuan lengkap dengan dewan makan disediakan untuk kemudahan pelajar yang tinggal di sekolah.

Bagi menampung keperluan tambahan, tiga blok barak mengandungi enam unit turut dibangunkan. 

Projek ini turut dilengkapi tangki air bertingkat, tiga pusat depo sampah, dan pondok pengawal bagi menjamin keselamatan serta kebersihan kawasan sekolah.

Infrastruktur asas seperti sistem perparitan moden serta kemudahan perkhidmatan elektrikal dan mekanikal turut dipertingkat bagi memastikan operasi sekolah berjalan lancar.

Dengan siapnya projek ini, SK Kujang Mawang kini berdiri sebagai simbol transformasi pendidikan luar bandar, selari dengan aspirasi kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta memperkukuh kualiti pendidikan di Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Nawi Razali, Penolong Jurutera Bahagian (Sektor Pembangunan), Nelson Albert Bantang, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Norhayati Hashmi, Guru Besar SK Kujang Mawang, Polia Nisoy serta wakil daripada pihak kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong ziarah warga emas diserang strok, sumbang kerusi roda
Next: Wong King Yii urges swift action to resolve muddy water issue at Green Road

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.