Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kapal misi GSF berjaya masuki Zon Merah R3 – SNCC
  • SEMASA

Kapal misi GSF berjaya masuki Zon Merah R3 – SNCC

Utusan Sarawak 1 week ago
KETUA Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery bercakap kepada media berkenaan Misi Global Sumud Flotilla di Pusat Gerakan Sumud Nusantara (SNCC) hari ini. -Foto: Bernama

SEPANG: Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF), yang membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa untuk membantu penduduk Gaza berjaya memasuki Zon Merah R3, menandakan jarak mereka ke persisiran pantai Gaza adalah kira-kira 100 batu nautika.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kapal pertama Seulle masuk ke zon merah sekitar 9.20 malam (waktu Malaysia).

Beliau berkata jika tiada apa-apa halangan, misi GSF akan memasuki Zon Merah R2 esok (2 Oktober) pada 4.08 pagi (waktu Malaysia) atau 11.08 malam waktu Gaza.

“Kami di SNCC, akan terus memantau rapat perkembangan kapal-kapal ini, 24 jam kami berhubung dengan mereka dan kami juga akan cuba sedaya upaya memberi sokongan moral kepada pihak di atas kapal.

“Walau bagaimanapun, mereka ini dalam fasa-fasa latihan, fasa-fasa membuat persediaan dan kami tak benarkan mereka untuk banyak berkomunikasi dengan dunia luar kerana mungkin itu akan memberi sedikit sebanyak gangguan.

“Jadi, kami doakan ini adalah fasa-fasa yang insya-Allah berakhir dengan kemenangan. Apa juga ujian, kami mohon rakyat Malaysia terus berdoa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata jika tiada halangan seperti arah angin dan kelajuan kapal, misi GSF dijangka tiba di persisiran pantai Gaza esok (2 Oktober) 6.32 petang (waktu Malaysia) atau 1.32 petang waktu Gaza.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas Panglima Angkatan Tentera Tun Dr Mohamed Hashim meninggal dunia
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Ketua Hakim Syarie Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.