Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan wanita positif dadah disyaki terlibat kes pecah rumah
  • JENAYAH

Polis tahan wanita positif dadah disyaki terlibat kes pecah rumah

Utusan Sarawak 12 hours ago
DITAHAN… Suspek ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang wanita berusia 27 tahun telah ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan awal yang dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong. Penahanan tersebut berkaitan dengan siasatan kes pecah rumah yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Meradong telah melakukan ujian saringan awal sekitar 2.40 petang semalam sebelum menahan suspek bagi siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Bintangor/Rpt: 1842/25 adalah berkaitan. Semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya. 

Tansli berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Katanya, suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun. 

“Pihak IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan kesalahan tersebut. 

“Kami menyeru masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada pihak kami berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan warga asing, dadah berupaya merosakkan 285 penagih, dirampas
Next: Pesara rugi RM2.24 juta akibat ‘phone scam’ di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.