Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Borneo Kuching 2025: Sarawak kuasai acara renang, kumpul 59 pingat
  • SUKAN

Sukan Borneo Kuching 2025: Sarawak kuasai acara renang, kumpul 59 pingat

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN Sarawak yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara 4×200 meter gaya bebas (lelaki). Foto: Ukas

PETRA JAYA: Acara renang menutup tirai Sukan Borneo 2025 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong hari ini dengan kontinjen Sarawak menampilkan prestasi luar biasa apabila mengutip keseluruhan 59 pingat, terdiri daripada 21 pingat emas, 22 perak dan 16 gangsa.

Dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki, Sarawak menguasai podium apabila Puong Wei Hii merangkul pingat emas dengan catatan masa 4 minit 11.57 saat, diikuti rakan sepasukan Ryan Colby Poh Yuan Kueh yang meraih perak dengan masa 4 minit 22.62 saat. Pingat gangsa dimenangi atlet Kalimantan Timur, Achmad Qemal Lianza, dengan catatan 4 minit 36.98 saat.

Sarawak turut menyerlah dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita apabila Kayleigh Zhi Zuan Ang menghadiahkan emas dengan masa 1 minit 6.84 saat. Wakil Sabah, Laura Lee, membawa pulang perak (1 minit 7.59 saat), manakala gangsa disumbang atlet Sarawak, Elisha Ern Lee, dengan catatan 1 minit 11.09 saat.

PUONG Wei Hii (tengah, belakang) merangkul emas manakala rakan sepasukan, Ryan Colby Poh Yuan Kueh (kiri, belakang) meraih perak. Foto: Ukas

Dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki, Matthias Ming Zhi Liew dari Sarawak meraih emas selepas mencatat 57.33 saat, mengatasi Rama Vardana Priyandono dari Kalimantan Timur yang mencatat 57.92 saat untuk perak. Gangsa turut dimenangi Sarawak menerusi Puong Jie Hii (59.45 saat).

Sarawak terus mendominasi melalui acara 100 meter kuak belakang lelaki apabila Puong Wei Hii meraih emas kedua peribadinya dengan catatan 58.83 saat. Perak dimenangi atlet Brunei, Joel Ling Thai Yu, dengan masa 59.40 saat, manakala gangsa milik Jeff Yu Yang Chua dari Sarawak (1 minit 1.49 saat).

 GAMBAR kenang-kenangan bersama para atlet, tetamu kehormat dan kakitangan Sukan Borneo 2025. Foto: Ukas

Tirai acara renang ditutup dengan bergaya menerusi kejayaan pasukan 4×200 meter gaya bebas lelaki Sarawak yang dibarisi Puong Jie Hii, Rui Jie Bong, Matthias Ming Zhi Liew dan Ryan Colby Poh Yuan Kueh.

Mereka membawa pulang emas dengan catatan masa 8 minit 19.71 saat. Pasukan Brunei meraih perak (8 minit 37.15 saat), manakala gangsa dimenangi pasukan Labuan (9 minit 17.63 saat).

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Al Ittihad pecat Laurent Blanc selepas kalah di tangan kelab Ronaldo, Al Nassr
Next: Kalimantan Timur tuan rumah Sukan Borneo 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.