Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool bina skuad mirip ‘Galacticos’
  • SUKAN

Liverpool bina skuad mirip ‘Galacticos’

Utusan Sarawak 1 day ago

Alexander Isak.Foto AFP

LIVERPOOL: Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool membelanjakan jumlah luar biasa 446 juta pound (RM2.56 bilion) pada musim panas ini bagi membina skuad yang digelar mirip “Galacticos”, dengan harapan mengukuhkan dinasti selepas kejuaraan liga ke-20 musim lalu.

Dua pembelian mega menjadi tumpuan – Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dan Alexander Isak dari Newcastle – yang memecah rekod perpindahan Britain sebanyak dua kali dalam jendela sama.

Wirtz disambar dengan pakej bernilai 116 juta pound (RM666 juta), sebelum Liverpool sekali lagi mengejutkan pasaran dengan membawa masuk Isak pada hari terakhir perpindahan dengan nilai 125 juta pound (RM718 juta).

Secara keseluruhan, 241 juta pound (RM1.38 bilion) dibelanjakan hanya untuk dua penyerang berkenaan.

Namun, menurut laporan The Times, struktur pembayaran yang dirundingkan oleh pengarah sukan Richard Hughes bermakna Liverpool hanya mengeluarkan 51.25 juta pound (RM295 juta) pada musim panas ini untuk kedua-duanya.

Bagi Wirtz, Leverkusen dijamin menerima 100 juta pound (RM574 juta), dibayar dalam lima ansuran sama rata.

Tambahan 16 juta pound (RM92 juta) hanya akan diaktifkan jika Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah sepanjang tempoh kontraknya.

Bagi Isak pula, rundingan jauh lebih rumit. Tawaran awal 110 juta pound (RM631 juta) ditolak serta-merta oleh Newcastle, sebelum rundingan berlarutan hampir sebulan. 

Isak sendiri mendesak untuk berhijrah ke Anfield sehingga kelabnya akhirnya bersetuju melepaskannya dengan harga 125 juta pound (RM718 juta).

Yuran perpindahan penyerang Sweden itu dibayar dalam empat ansuran, bermakna Liverpool hanya mengeluarkan 31.25 juta pound (RM179 juta) musim ini.

Isak, yang meledak 23 gol Liga Perdana musim lalu, berpeluang membuat penampilan sulung pada aksi menentang Burnley di Turf Moor Ahad ini, ketika The Reds memburu kemenangan liga keempat berturut-turut. – AGENSI

Continue Reading

Previous: 1.5 juta pendaftaran undian tiket Piala Dunia dalam 24 jam pertama
Next: Terbuka Hong Kong: Cabaran Jun Hao tersekat di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.