Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah raih tempat di suku akhir Terbuka Hong Kong
  • SUKAN

Pearly-Thinaah raih tempat di suku akhir Terbuka Hong Kong

Utusan Sarawak 2 days ago
PEARLY dan Thinaah memburu final kedua berturut-turut selepas meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Hong Kong hari ini.


KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, pilihan kedua kejohanan yang juga juara bertahan itu menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari 21-18, 21-17 dalam masa 38 minit.

Menanti ranking kedua dunia itu sama ada rakan senegara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing atau gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 17-21, 21-11, 15-21.

Terdahulu, beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut mara selepas menyingkirkan gandingan senegara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 21-17, 21-19, sekali gus akan bertemu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin pula kandas selepas tunduk kepada pilihan keenam kejohanan dari Perancis, Christo Popov 17-21, 19-21.– Bernama

Continue Reading

Previous: Uruguay, Colombia antara lima pasukan baharu disahkan ke Piala Dunia 2026
Next: Larian Malaysia Tatau eratkan masyarakat sempena HKHM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.