Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Inkues Zara Qairina: AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din
  • MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: AGC serah notis tunjuk sebab kepada aktivis Mona Din

Utusan Sarawak 2 days ago
AKTIVIS Che Muna Din

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyerahkan notis untuk tunjuk sebab kepada aktivis Che Muna Din kerana memuat naik hantaran bersifat menghina mahkamah di laman Facebooknya, 4 September lepas, berhubung prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan notis itu diserahkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Mona Din itu pada 10 September selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

“Penghantaran notis untuk tunjuk sebab ini merupakan sebahagian prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah.

“Penelitian AGC mendapati hantaran dimuat naik Che Muna Din, yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patalogi Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr Jessie Hiu berpotensi mempengaruhi pandangan awam serta mengganggu perjalanan prosiding Inkues yang sedang dijalankan,” menurut AGC.

Selain itu, AGC juga memaklumkan bahawa pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan Zara Qairina yang berpotensi mengganggu perjalanan prosiding Inkues juga akan dikemukakan dalam masa terdekat. 

“AGC memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.

“Sehubungan itu, AGC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian
Next: Bekas guru besar didakwa buat hantaran ancam Dr Jessie Hiu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.