Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fattah Amin dan Amira Othman kahwin 14 September ini
  • HIBURAN

Fattah Amin dan Amira Othman kahwin 14 September ini

Utusan Sarawak 1 day ago
AKHIRNYA Fattah dan Amira bakal berkahwin.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Fattah Amin mengejutkan para tetamu dan peminat apabila membuat lamaran istimewa terhadap penyanyi Amira Othman dalam sebuah majlis pelancaran lagu baharu berjudul Rasa & Takdir, nyanyian Amira dan adiknya, Irfan Haris.

“Beberapa lama tempoh perkenalan, jadi hari ini kami ada pengumuman. Insya-Allah jika diizinkan Allah, kami ingin menukar status daripada rakan  sekerja menjadi rakan serumah,” akui Fattah.

Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, muncul secara mengejut dari belakang pentas ketika Amira dan Irfan sedang mendendangkan lagu berkenaan. Dalam momen penuh emosi itu, Fattah menyambung bait terakhir lagu tersebut, sebelum membuat pengumuman mengejut kepada para hadirin.

Lebih menyentuh hati, Irfan Haris menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah lambang tanggungjawab seorang lelaki sebelum diserahkan kepada Amira, sebagai tanda restu terhadap hubungan mereka. Aksi itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh para tetamu yang hadir.

Turut menyaksikan detik lamaran itu adalah ibu bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Arshad, 58, yang duduk di barisan hadapan dengan penuh emosi dan bangga melihat kebahagiaan anak mereka.

Difahamkan, pasangan tersebut bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 14 September ini di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru — yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Fattah.

Nadia Amira Othman, 32, merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita berbakat dari Malaysia. Nama Amira mula dikenali selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013, yang mana beliau berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga.

Kerjaya seninya terus berkembang apabila single keduanya yang berjudul Hati-Hati dilancarkan pada 2015. Lagu ciptaan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan itu menjadi titik tolak kepada populariti Amira sebagai penyanyi arus perdana.

Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian, Amira turut menyerlah sebagai pengacara apabila pernah mengendalikan rancangan bual bicara pagi popular Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran di TV9.

Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017, namun pasangan itu berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, Fattah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Lady Gaga ungguli VMA 2025, juga sebagai Artis Terbaik 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.