Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka komited sokong pembangunan sukan dan aktiviti komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Kalaka komited sokong pembangunan sukan dan aktiviti komuniti

Utusan Sarawak 3 days ago
MOHAMAD Duri semasa hadir pada majlis Apresiasi Kelab Berbasikal Saratok di Gelanggang Futsal LAKIS, Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menegaskan komitmennya untuk terus menyokong semua persatuan, kelab, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dalam penganjuran serta pembangunan aktiviti sukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Beliau berkata, sokongan itu bukan sahaja sebagai dorongan kepada belia untuk mengamalkan gaya hidup sihat, malah mampu memperkukuh hubungan komuniti melalui pelbagai acara sukan.

“Saya sentiasa menyokong semua persatuan, kelab dan juga NGO berkaitan aktiviti-aktiviti sukan di DUN Kalaka. 

“Malah, beberapa projek naik taraf dan pembinaan prasarana sukan baharu sedang dilaksanakan demi manfaat masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Apresiasi Kelab 2025 anjuran Kelab Berbasikal Saratok di Gelanggang Futsal LAKIS, di sini, semalam.

MOHAMAD Duri semasa hadir pada majlis Apresiasi Kelab Berbasikal Saratok di Gelanggang Futsal LAKIS, Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Kelab berkenaan turut merancang pelbagai aktiviti akan datang, termasuk ekspedisi mendaki dan bermalam di Bukit Tengalat dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SCC).

Majlis yang turut dihadiri Pemanca Sahari Gani, Pemanca Lim Guan Ann, Penghulu Madi Bujang serta pemimpin masyarakat setempat itu turut menampilkan pembentangan pencapaian Kelab Berbasikal Saratok sejak ditubuhkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lubok Antu pantau situasi banjir di Engkilili dan Lubok Antu
Next: Jenazah Tuah Bujang selamat dikebumikan pagi tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.