Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM164,000 geran MRP disalurkan kepada 40 penerima di kawasan DUN Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM164,000 geran MRP disalurkan kepada 40 penerima di kawasan DUN Meradong

Utusan Sarawak 2 days ago

TERIMA KASIH….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran MRP kepada penerima.

BINTANGOR: Sebanyak RM164,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah disalurkan kepada 40 penerima yang terdiri daripada agensi kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kelab serta persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, di Pusat Khidmat DUN Meradong.

TERIMA KASIH….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran MRP kepada penerima.

“Pengagihan geran MRP ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar khususnya di kawasan Meradong.

“Geran Projek Kecil Luar Bandar ini adalah bukti sokongan berterusan kerajaan kepada rakyat. 

“Ia bertujuan membantu organisasi tempatan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan penglibatan masyarakat setempat,” katanya pada majlis ringkas penyerahan MRP tersebut. 

Beliau menegaskan bahawa setiap penerima perlu menggunakan geran dengan sebaik-baiknya agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh komuniti.

TERIMA KASIH….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran MRP kepada penerima.

Tambahnya, organisasi setempat yang ingin memohon geran sebegini disarankan supaya menghantar surat permohonan lebih awal beserta butiran perbelanjaan berdasarkan aktiviti atau program yang akan dilaksanakan.

“Paling penting, geran yang diterima ini dapat membantu melaksanakan aktiviti tahunan masing-masing dan ia harus digunakan dengan penuh berhemah,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga projek naik taraf bakal perkasa kemudahan di kawasan DUN Jepak
Next: Ahli Parlimen Miri sokong usaha pembersihan dasar laut dan pesisir pantai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.