Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh pantau kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan
  • WILAYAH

APM Spaoh pantau kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGGOTA APM Spaoh menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan yang melanda daerah itu sejak awal pagi tadi. Foto APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Spaoh menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan yang melanda daerah itu sejak awal pagi tadi.

Pada 8.00 pagi, pemantauan dilakukan di Jalan Simpang Berbuling dan hasil tinjauan mendapati paras air menunjukkan trend menaik walaupun keadaan masih terkawal.

ANGGOTA APM Spaoh menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan yang melanda daerah itu sejak awal pagi tadi. Foto APM Spaoh

Seramai empat anggota APM terlibat dalam operasi tersebut diketuai oleh Ahmad Zulfakar Ramlan bersama Muhd Syafiqen Musa, Sakawie Salleh dan Johan Abdul Samad.

Misi pemantauan turut disokong dengan kelengkapan logistik termasuk ambulans pacuan empat roda, penyukat air, kasut bot, baju hujan serta kelengkapan keselamatan lain.

ANGGOTA APM Spaoh menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir susulan hujan berterusan yang melanda daerah itu sejak awal pagi tadi. Foto APM Spaoh

APM Spaoh menegaskan pemantauan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan terkawal dan langkah awal dapat diambil sekiranya paras air terus meningkat.

Penduduk setempat juga disarankan agar sentiasa berwaspada serta segera menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh 083-473006 dan 083-473860 sekiranya berlaku sebarang kejadian luar jangka.

APM Spaoh menggesa kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat segera bagi memastikan keselamatan komuniti terjamin dan tindakan pantas dapat diambil ketika kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Udin terima pendedahan awal latihan praktikal keselamatan kebakaran
Next: Larry Sng cadang wujudkan industri kraftangan di Julau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.