Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gerakan Heung Min jinakkan AS 2-0
  • SUKAN

Gerakan Heung Min jinakkan AS 2-0

Utusan Sarawak 3 days ago

Pemain Korea Selatan, Lee Kang In (kanan) bersaing dengan pemain AS, Alex Zendejas pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sports Illustrated, Harrison, New Jersey. Korea menang 2-0. – Foto AFP

NEW YORK: Son Heung Min menjaringkan satu gol dan mencipta satu umpanan gol ketika membantu Korea Selatan menewaskan Amerika Syarikat (AS) 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa awal pagi tadi.

Pertemuan antara dua pasukan yang akan beraksi pada Piala Dunia 2026 itu berlangsung di Harrison, New Jersey, di gelanggang rasmi kelab MLS, New York Red Bulls.

Korea Selatan mara ke Piala Dunia menerusi kelayakan zon Asia, manakala kejohanan itu akan dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico.

Heung Min, penyerang LAFC dalam MLS, menjaringkan gol pada minit ke-18 sebelum Lee Dong Gyeong menambah jaringan pada minit ke-43 untuk mengesahkan kemenangan Korea Selatan.

Heung Min sebelum ini pernah bermain di bawah kendalian jurulatih AS, Mauricio Pochettino di Tottenham Hotspur, yang mana dia antara tonggak utama kelab itu.

Korea Selatan kini mencatat empat kemenangan, dua seri dan dua kalah menentang pasukan lelaki AS, sekali gus meraih kemenangan pertama sejak AS menang di laman sendiri pada 2014.

AS, yang tewas 1-2 kepada Mexico pada final Piala Emas CONCACAF Julai lalu, menyenaraikan semula Christian Pulisic selepas dia tidak menyertai kejohanan itu.

Heung Min membuka tirai jaringan pada minit ke-18 dengan rembatan kaki kiri dari sudut sukar selepas menerima hantaran Lee Jae Sung untuk menewaskan penjaga gol AS, Matt Freese.

Korea menggandakan kelebihan pada minit ke-43 apabila Heung Min melakukan gerakan satu-dua sebelum melorongkan bola kepada Dong Gyeong yang menyudahkan dengan tumit kaki kiri. – AFP

Continue Reading

Previous: Kejohanan Dunia Wushu 2025: Jia Rong sumbang emas keempat Malaysia
Next: Awangku Hosin dinobat juara keseluruhan Mr Sarawak ke-59

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.