Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM20,000 setiap pintu, sembilan rumah panjang di Jepak dibaik pulih
  • Utara
  • WILAYAH

RM20,000 setiap pintu, sembilan rumah panjang di Jepak dibaik pulih

Utusan Sarawak 1 day ago
Iskandar Turkee meninjau keadaan di Rumah Fabian Jembu, Sungai Setiam, Jepak sempena lawatan kerja hari ini.

BINTULU: Sebanyak sembilan rumah panjang di kawasan Jepak menerima manfaat di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dengan peruntukan RM20,000 bagi setiap pintu rumah untuk kerja-kerja baik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, peruntukan itu melibatkan pembaikan bumbung, siling serta penyediaan kemudahan tandas baharu demi keselesaan penduduk.

Iskandar Turkee meninjau keadaan di Rumah Fabian Jembu, Sungai Setiam, Jepak sempena lawatan kerja hari ini.

“Di Rumah Dagang, ada satu pintu untuk dibaik pulih bermula daripada bumbung, manakala di Rumah Unggang melibatkan lima bumbung serta struktur siling termasuk membina tandas yang lebih bersih. 

“Rumah Fabian pula turut menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan sembilan pintu rumah panjang di bawah PPRS, setiap satunya diperuntukkan RM20,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Rumah Fabian Jembu di Sungai Setiam, Jepak, hari ini. 

Lawatan itu turut memberi ruang mengenal pasti keperluan lain termasuk sambungan elektrik di bawah projek ALAF, bantuan kebajikan serta kesihatan bagi penduduk yang memerlukan.

Iskandar Turkee meninjau keadaan di Rumah Fabian Jembu, Sungai Setiam, Jepak sempena lawatan kerja hari ini.

Dalam pada itu, Iskandar menggesa ketua kaum dan tuai rumah supaya segera membuat permohonan baik pulih rumah panjang atau kampung melalui Pejabat Daerah Bintulu atau Pusat Khidmat N67 Jepak.

“Jangan diam sahaja kerana kita terbuka untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. 

“Jika ada keperluan, ketua kaum boleh datang terus ke pejabat daerah atau Pusat Khidmat N67 Jepak untuk membuat permohonan,” ujarnya.

Menurut beliau, usaha tersebut sejajar dengan hala tuju kerajaan negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap contributes RM15,000 in grants to support education
Next: Projek Naik Taraf di SJK Chung Hua belum siap – Johnny Pang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.