Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ibu bapa bangga Tang Jie- Ee Wei jadi juara dunia
  • SUKAN

Ibu bapa bangga Tang Jie- Ee Wei jadi juara dunia

Utusan Sarawak 3 days ago
PEMAIN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bersama keluarga mereka selepas tiba di KLIA selepas menyertai Kejohonan Dunia Di Paris.

SEPANG: Bangga, itu perasaan yang dizahirkan ibu bapa kepada jaguh badminton negara Toh Ee Wei iaitu Toh Kok Leong dan Jane Yeoh ketika menyambut kepulangan anak mereka dari Paris, Perancis selepas bergelar juara dunia bersama pasangannya Chen Tang Jie baru-baru ini.

Kok Leong berkata detik itu cukup bermakna terutama kejayaan besar yang dilakar anaknya itu hadir pada Hari Kemerdekaan ke-68, sekali gus memberikan hadiah bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

“Memang emosional. Kali pertama dapat gelaran besar pada Hari Merdeka, seluruh rakyat Malaysia berasa bangga. 

“Kami di rumah pun menangis sama, lebih bangga bila dia balik dalam keadaan sihat tanpa cedera,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara beregu campuran selepas menumpaskan wakil China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14 pada final Kejohanan Dunia pada Ahad lepas.

Sementara itu, ibu Tang Jie, Chen Keat Siew turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak lelakinya itu.

Beliau berkata kejayaan itu lebih manis berbanding ketika mereka memenangi Terbuka Korea tahun lepas, yang turut jatuh pada Bulan Kemerdekaan.

“Memang gembira, memang teruja. Ini istimewa sebab jatuh pula pada Hari Merdeka. Kalau dulu Terbuka Korea, sekarang dia sudah juara dunia. 

“Itu bukan penghujung, lepas ini dia kena kerja lebih keras,” katanya.

Beliau turut berharap agar kejayaan itu tidak terhenti di situ, sebaliknya melakar lebih banyak kemenangan pada masa hadapan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pongkos FT juara Kejohanan Futsal Merdeka anjuran SKUAD Antidadah Sibu
Next: Pasukan K Troopers naib juara di NXL Eropah, harumkan nama Malaysia di pentas dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.