Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Petronas dan IKM bantu tingkatkan kemahiran belia luar bandar di Bintulu
  • PENDIDIKAN

Petronas dan IKM bantu tingkatkan kemahiran belia luar bandar di Bintulu

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO Dennis Ngau bersama Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah Md Rabu merakam gambar bersama 40 peserta yang menamatkan latihan Perancah Tahap 1 (Scaffolding Level 1) di IKM Bintulu.

BINTULU: Pendidikan dan kemahiran perlu dijadikan keutamaan oleh golongan belia bagi menjamin masa depan lebih baik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau.

Beliau berkata, tren segelintir anak muda yang enggan meneruskan persekolahan, sebaliknya memilih menjadi pemandu perkhidmatan teksi atas talian sepenuh masa, adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Itu tidak baik. Boleh dilakukan secara sambilan, tetapi jangan sesekali mengabaikan pendidikan. 

“Jika ada pendidikan dan kemahiran, masa depan anda hampir pasti lebih cerah,” katanya ketika berucap pada majlis Graduasi Program Latihan Semula Petronas di Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, semalam. 

Program selama sebulan itu menyaksikan 40 peserta berjaya menamatkan latihan Perancah Tahap 1 (Scaffolding Level 1) dengan sokongan Petronas, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan rakan industri.

Beliau berkata, melalui latihan sedemikian, peserta bukan sahaja berpeluang mendapatkan pekerjaan, malah mampu meningkatkan pendapatan mereka.

“Inilah tujuan program sebegini di mana ia untuk meningkatkan taraf hidup keluarga dan komuniti luar bandar. 

“Saya ucapkan tahniah kepada semua graduan serta terima kasih kepada Petronas yang konsisten membantu masyarakat sejak sekian lama,” ujarnya.

Sejak 2011, katanya, Petronas bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan malah turut membantu infrastruktur luar bandar termasuk jalan raya serta projek komuniti.

Dennis turut menyarankan agar program seumpamanya diperluas ke sektor lain seperti pelancongan, hospitaliti dan pertanian moden memandangkan permintaan tenaga kerja dalam bidang itu semakin tinggi.

“Sebagai Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), saya sering menerima maklum balas daripada hotel dan restoran yang berdepan kekurangan pekerja. 

“Ini peluang untuk belia kita dilatih dalam bidang baharu,” ujarnya.

Turut hadir Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah Md Rabu serta wakil industri yang terlibat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Bengkel keibubapaan tekankan peranan ibu bapa sebagai pendidik utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.