Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Onana atau Bayindir, Amorim masih berteka-teki untuk berdepan Fulham
  • SUKAN

Onana atau Bayindir, Amorim masih berteka-teki untuk berdepan Fulham

Utusan Sarawak 16 hours ago

Andre Onana (kiri) dan Altay Bayindir. Foto AFP

LONDON: Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim enggan mendedahkan sama ada Andre Onana akan kembali ke dalam kesebelasan utama menentang Fulham selepas kesilapan besar Altay Bayindir ketika menentang Arsenal minggu lalu menimbulkan persoalan hangat mengenai posisi penjaga gol di Old Trafford.

Onana kini sudah cergas sepenuhnya dan kembali ke dalam skuad, namun Amorim tetap berdiam diri apabila ditanya mengenai pilihannya bagi perlawanan di Craven Cottage malam esok.

Bayindir diberi peluang beraksi ketika menentang Arsenal berikutan kecederaan serta masa depan tidak menentu menyelubungi Onana, tetapi penjaga gol Turkiye itu dikritik hebat selepas kesilapannya membuka ruang kepada kemenangan 1-0 The Gunners.

Sejak menyertai United, Bayindir mengharungi prestasi turun naik dan kebanyakannya beraksi sebagai pengganti kepada Onana yang menjadi pilihan utama.

Kembalinya Onana mencetus dilema buat Amorim, dengan persoalan siapa yang akan diturunkan menentang Fulham menjadi perbincangan hangat dalam kalangan penyokong.

Bercakap pada sidang media semalam, Amorim sekadar berkata: “Onana bersedia bermain seperti minggu lalu, jadi kami akan lihat nanti siapa penjaga gol.

“Licha (Lisandro Martinez) tidak dapat diturunkan, Nous (Noussair Mazraoui) juga tidak dapat diturunkan, selebihnya semua cergas dan bersedia.”

Onana sendiri berada di bawah tekanan sejak berpindah dari Inter Milan, manakala Bayindir pula gagal benar-benar meyakinkan walaupun beberapa kali diberi peluang dalam perlawanan penting.

Dengan United memerlukan kestabilan, beberapa perlawanan akan datang dijangka menentukan hierarki penjaga gol di kelab itu, sama ada Onana kembali dominan atau Bayindir mampu menebus kesilapan.

Pada masa sama, masa depan Onana tetap samar apabila United dilaporkan sedang berbincang dengan Royal Antwerp mengenai perpindahan penjaga gol Belgium, Senne Lammens bernilai sekitar 20 juta euro (RM99 juta).

Walaupun Onana tidak dijangka meninggalkan kelab pada jendela perpindahan kali ini, kedatangan Lammens berpotensi memberi tekanan tambahan kepada pemain Cameroon itu untuk membuktikan kemampuannya.

Segala-galanya kini bergantung kepada keputusan Amorim, dengan pilihannya dalam beberapa minggu akan datang akan memberi gambaran lebih jelas mengenai siapa yang akan menjadi penjaga gol utama Red Devils. 

Continue Reading

Previous: Kane ledak hatrik, Bayern belasah Leipzig
Next: TBBC Sri Aman tuai lima emas, empat perak, empat gangsa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.