KUALA LUMPUR, 25 Oktober: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta enam negeri sehingga 9.00 malam ini.
Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kawasan di Kelantan yang terlibat ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Machang, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Kuantan, Maran, Pekan dan Lipis.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, iaitu Song di Kapit; Kanowit dan Sibu di Sibu; Julau dan Pakan di Sarikei; Lubok Antu di Sri Aman; serta Betong, Serian dan Kuching.
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, selain Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Tongod di Sandakan, dan Kalabakan di Tawau. – Bernama




