Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM128,000 diperuntuk bagi pembangunan rumah panjang di Lubok Antu
  • Tengah
  • WILAYAH

RM128,000 diperuntuk bagi pembangunan rumah panjang di Lubok Antu

Utusan Sarawak 2 days ago
ROY Angau Gingkoi semasa merasmikan Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua P203 Lubok Antu, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi mengumumkan peruntukan berjumlah RM128,000 kepada Rumah Christina, Rembai Skrang semasa merasmikan Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua P203 Lubok Antu, dekat sini kelmarin.

Daripada jumlah itu, RM100,000 disalurkan melalui projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 bagi penambahbaikan rumah panjang yang telah diluluskan jawatankuasa penilaian, RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan RM8,000 kepada Gerempung Indu.

Menurut Roy, peruntukan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam agenda pembangunan setempat.

“Pembangunan setempat adalah pembangunan bersama. Peruntukan ini memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk sama-sama membentuk masa depan komuniti,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.

“Kehadiran ketua masyarakat, agensi kerajaan dan penduduk membuktikan bahawa perpaduan adalah asas kemajuan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kuching ke Datuk Bandar MBKS
Next: MDSA anjur program komuniti di Undop, tekan isu kesihatan dan perlesenan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.