Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 32 pegawai dan anggota JBPM Sarawak terima Pingat Perkhidmatan Bomba 2024
  • TEMPATAN

32 pegawai dan anggota JBPM Sarawak terima Pingat Perkhidmatan Bomba 2024

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad (duduk tengah) bergambar bersama penerima pingat dan pegawai kanan JBPM Sarawak.



PETRA JAYA: Seramai 32 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima pengiktirafan atas khidmat cemerlang menerusi majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba 2024 yang berlangsung di Dewan Utama, Wisma Wanita, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, penganugerahan itu merupakan yang pertama selepas tiga tahun, susulan pengenalan sistem pingat baharu yang diperakukan oleh Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, ini merupakan kumpulan pertama yang dianugerahkan pingat baharu melibatkan pegawai-pegawai dari JBPM Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas majlis berkenaan.

Beliau berkata, daripada keseluruhan jumlah tersebut, seorang anggota menerima Pingat Jasa Bomba (PJB), sembilan menerima Pingat Setia Bomba (PSB), dan 23 lagi dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB).

Antara penerima PSB yang disebut ialah Muhammed Mirza Dzalmira Miraj dari Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat JBPM Sarawak, Fabian Justin Ahan dari Unit K9, Nicholas Belulin (Mukah), serta Mohamad Fadhli bin Buyong (Sri Aman).

Bagi kategori PCB, antara penerima termasuk Ramlan Marajan (Zon 7 Limbang), Mohd Faizal Bujang (Sungai Merah), dan Patricia Robie Medel dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau.

Menurut Datuk Seri Nor Hisham, proses pemilihan penerima dilakukan secara teliti berdasarkan pelbagai kriteria seperti tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam sasaran tahunan, penglibatan aktif dalam aktiviti jabatan dan penilaian Indeks Jisim Badan (BMI).

“Kita menetapkan BMI di bawah paras 30 sebagai syarat dalam pertimbangan untuk penganugerahan pingat, kenaikan pangkat dan anugerah perkhidmatan cemerlang.

“Usaha ini dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk memastikan anggota sentiasa cergas dan bersedia menghadapi cabaran tugas,” ujarnya.

Beliau turut menggesa anggota, khususnya generasi baharu, agar sentiasa menjaga tahap kecergasan fizikal dan terlibat aktif dalam sukan serta aktiviti fizikal demi kelangsungan tugas yang memerlukan ketahanan tinggi.

“Berbanding generasi terdahulu yang lebih aktif secara semula jadi dan terdedah kepada kerja fizikal sejak kecil, generasi baharu kini perlu lebih didorong agar kekal cergas,” tegasnya.

Tambahnya, penganugerahan ini bukan sahaja satu bentuk penghargaan, malah menjadi pemangkin semangat untuk anggota bomba terus menunjukkan prestasi terbaik dalam menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Toyota Vellfire disita JPJ dalam Ops Luxury di Kuching
Next: Helikopter baharu AW139 perkukuh kesiapsiagaan JBPM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.