Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enam tuai rumah baharu terima watikah pelantikan
  • Tengah
  • WILAYAH

Enam tuai rumah baharu terima watikah pelantikan

Utusan Sarawak 20 hours ago
ENAM tuai rumah baharu terima watikah pelantikanDatuk Francis Harden Hollis pada majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kaum bagi kawasan DUN Simanggang hari ini. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Seramai enam Tuai Rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang telah menerima watikah pelantikan ketua kaum hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis mengucapkan tahniah di atas pelantikan dan ini merupakan kepercayaan kerajaan Sarawak mengiktiraf pilihan penduduk memimpin rumah panjang.

“Tugas dan tanggungjawab Tuai Rumah merupakan jambatan di antara penduduk dengan pihak berkuasa, justeru amat penting bagi Tuai Rumah untuk sepasukan dengan kerajaan Sarawak yang merupakan majikan mereka.

“Apa yang diperlukan adalah kerjasama Tuai Rumah dengan Ketua Masyarakat terdiri daripada Penghulu, Pemanca dan Temenggong dalam bidangkuasa masing-masing untuk membantu mentadbir rumah panjang dari aspek pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kaum bagi kawasan DUN Simanggang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, hari ini.

Enam Tuai Rumah terbabit iaitu Jackson Michael Jein (Kampung Sungai Putong, Fenner Baily (Kampung Sengelau), Thomas Ade (Kampung Resak), John Jimbun (Kampung Entawa Ili), Peter Bunya (Kampung Empadi Batu Anchau) dan Glinie Michelle Daylie (Kampung Liu C, Sri Aman).

Sementara itu, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Kaum yang telah dilantik di samping mengingatkan mereka tentang tanggungjawab seorang Ketua Kaum.

“Di antara senarai tugas Ketua Kaum adalah menyelesaikan pertikaian yang melibatkan undang-undang adat, membantu mengumpul maklumat kelahiran dan kematian di kawasan masing-masing untuk dihantar ke pejabat daerah pada setiap hujung bulan, membantu pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan kuasa dan pelaksanaan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Selain itu membantu Penghulu mentadbir kawasan dalam bidangkuasa berkenaan, membantu kerajaan memelihara kebajikan penduduk di bawah jagaannya, menggalakan penduduk menyertai setiap kegiatan anjuran kerajaan, membantu kerajaan dalam melaksanakan tugas rasmi, mengeratkan perhubungan diantara rakyat dan kerajaan serta elaksanakan sebarang tugas yang diarahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KEMAS Marudi latih penduduk luar bandar asas kemahiran foto untuk usahawan
Next: ADUN Tanjong Batu tinjau Pasar Utama Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.