Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi santuni peniaga di Pasar Tamu Bintulu
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi santuni peniaga di Pasar Tamu Bintulu

Utusan Sarawak 13 hours ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengadakan lawatan sambil berjalan di Pasar Tamu Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengadakan lawatan sambil berjalan di Pasar Tamu Bintulu hari ini.

Ketibaan pasangan kenamaan itu pada 11.41 pagi disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Turut mengiringi kunjungan tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah beramah mesra bersama para peniaga tempatan dalam lawatan tersebut. Foto: Carolyne Utih

Dalam lawatan tersebut Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berkesempatan bertanya khabar, beramah mesra serta merakam gambar kenang-kenangan bersama para peniaga dan pengunjung.

Malah,beliau turut menyokong produk tempatan dengan membeli barangan seperti beras Bario, cencaluk dan sebagainya.

Lawatan sambil berjalan itu mencerminkan komitmen Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berinteraksi secara langsung dengan rakyat serta meninjau sendiri kehidupan dan kegiatan ekonomi masyarakat setempat.

Beliau turut menzahirkan doa agar para peniaga di Pasar Tamu terus maju dalam perniagaan serta sentiasa mendapat sokongan daripada orang ramai.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Bintulu sempena Maal Hijrah peringkat Sarawak
Next: Pemergian Pengerusi IKIM kehilangan besar buat ummah di Malaysia Singapura – Presiden MCAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.