Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi selamat tiba di Bintulu sempena Maal Hijrah peringkat Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi selamat tiba di Bintulu sempena Maal Hijrah peringkat Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
YANG di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada 10.40 pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

BINTULU: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada 10.40 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti, Timbalan Residen Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkee dan pegawai-pegawai kanan kerajaaan.

YANG di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada 10.40 pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Sejurus ketibaan, bacaan doa selamat telah dipimpin Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu, Dzulhazdri Japar Shedik.

Lawatan rasmi Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah kali ini adalah bagi menghadiri jemputan ke dua majlis peringkat negeri iaitu sambutan Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H yang akan berlangsung pada petang ini di Masjid Assyakirin, dan diikuti dengan Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Tahun 1447H/2025 pada esok hari di Dewan Suarah Bintulu.

Tun Wan Junaidi turut mendoakan agar semoga semua acara bersempena sambutan tersebut akan mencapai matlamatnya serta berjalan dengan baik dan teratur.

Continue Reading

Previous: Peluasan SST: Import epal, oren dikecuali cukai – PM Anwar
Next: Tun Wan Junaidi santuni peniaga di Pasar Tamu Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.